Kampung Sunnah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH

3 posters

Go down

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH Empty PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH

Post by IbnuAbu Tue Apr 22, 2014 4:49 am

Assalamualaikum saudara-saudari dan ayah bondaku sekalian.

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

HANYA SEKADAR CADANGAN

Kita mempunyai 3 pilihan;
1st - balik kampung halaman sendiri jika ada
2nd - cari dan sewa rumah di kampung-kampung jika takde kampung halaman
3rd - beli tanah dan bina KAMPUNG SUNNAH sendiri

Pilihan 1st dan 2nd memang banyak kekurangannya. Tapi at least kedua-dua pilihan ini lebih baik berbanding kita terus memenjarakan diri kita di BANDAR MODEN YANG TIDAK BERTUHAN. Walaupun virus-virus Dajjal juga telah sampai ke kampung-kampung, tapi sekurang-kurangnya kita masih lagi ada ruang untuk mengawal virus-virus itu daripada berjangkit kepada diri dan keluarga kita. Namun semua itu memerlukan daya ketahanan dan mujahadah yang cukup besar. Yelah, mana taknya, sebab hanya kita sebagai minoriti penduduk kampung sahaja yang berusaha mengawal virus-virus Dajjal itu daripada terus merebak, sebaliknya majoriti penduduk kampung yang lain hanya membiarkannya terus merebak. Persekitaran luaran tak berapa nak support kita.

Justeru pilihan 3rd adalah yang terbaik. Tapi itulah hakikatnya, apabila sebut yang terbaik pasti bukan sesuatu yang mudah untuk dibuat, diperolehi atau digapai. Tapi tak bermakna tak boleh. Saya yakin pasti ada caranya. Jika tepat sudut pandang, method, matlamat dll InsyaAllah Allah SWT akan tolong kita. Kan bumi dan langit serta segala isinya itu milik Allah SWT.

Sehubungan dengan itu saya mencadangkan perkara-perkara seperti berikut;

1) Sasaran ahli KAMPUNG SUNNAH:
- sekurang-kurangnya 40 orang lelaki (bukan bermaksud KAMPUNG SUNNAH terbuka untuk lelaki sahaja)
- supaya kita tak perlu buat solat Jumaat di luar KAMPUNG SUNNAH
- kita ada 'kapasiti permintaan' untuk mewujudkan dan memulakan kegiatan ekonomi dalam pasar di KAMPUNG SUNNAH

2) Sasaran untuk hijrah
- 1st - kumpul ahli (InsyaAllah dalam tempoh 4-5 bulan bermula Jamadil Akhir hingga Zulkaedah 1435H)
- 2nd - kumpul duit semua ahli (InsyaAllah dalam tempoh 2 bulan bermula Zulkaedah 1435H hingga Muharram 1436H)
- 3rd - urusan beli tanah (insyaAllah dalam tempoh 2 bulan bermula Safar hingga Rabiul Awal 1436H)
- 4th - hijrah masuk KAMPUNG SUNNAH bagi siapa yang nak masuk dan bertukang sendiri rumah mereka guna buluh (pada Rabiul Awal 1436H)

3) Komitmen kewangan ahli KAMPUNG SUNNAH:
- bergantung kepada keupayaan masing-masing
- tiada had minimum

4) Lokasi KAMPUNG SUNNAH:
- kawasan yang boleh mencapai Institute of Islamic Eschatology (Māhad 'Ilmu Ākhir al-Zamān) walaupun dengan motor cabuk atau berjalan kaki (mungkin ada ahli KAMPUNG SUNNAH yang tak mampu nak beli kenderaan)
- kawasan yang bersambung terus dengan puncak-puncak gunung dan tempat-tempat tadahan hujan (lambat laun kita atau generasi kita akan masuk ke Al-Kahf juga)

5) Jenis tanah untuk dibeli:
- kita cari tanah bukan status tanah pertanian sebab tanah pertanian harganya mahal, kalau kita beli tanah ada getah kita kena bayar dengan getah-getah skali
- kita cari tanah yang ada pokok buluh (kita tak perlu lagi mengeluarkan belanja untuk beli bahan binaan buat rumah, masjid dll)
- biasanya tanah yang bukan status tanah pertanian tiada jalan untuk access ke jalan raya berhampiran, kita kena jalan kaki atau naik motor je
- biasanya tanah yang bukan status tanah pertanian 'leasehold' bukan 'freehold'

6) Cara pembahagian tanah:
- Kita kumpul duit mengikut keupayaan kewangan masing-masing
- Kita sama-sama cari tanah yang sepadan dengan duit yang kita kumpul
- Kita tolak tanah wakaf untuk tapak masjid, tapak pasar, tapak padang ragut, tapak untuk kegunaan-kegunaan lain seperti berlatih tunggang kuda, memanah, main pedang dll (tak diwajidkan kepada semua ahli, terbuka kepada sesiapa yang mempunyai lebihan harta sahaja, tiada had minima)
- Akhir sekali, baru bahagikan tanah mengikut sumbangan kewangan masing-masing, sekangkang kera sekangkang keralah...Alhamdulillah. Sekakang zirafah sekangkang zirafah lah...bertambah Alhamdulillah
* Saya pernah pergi satu pondok yang terdiri daripada 140 orang penduduk hanya dalam sekeping tanah 3 ekar sahaja. boleh je hidup dengan harmoni asalkan sanggup

7) Pilihan binaan rumah;
- bagi yang mampu dan mahu bolehlah import bahan binaan daripada luar
- bagi yang tak mampu boleh je pakai pokok buluh yang sedia ada
- bagi yang tak mampu boleh bertukang sendiri atau sama-sama bergotong-royong dengan ahli KAMPUNG SUNNAH yang lain
- antara contoh rumah yang paling simple

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH 2_zpsd2b66ce7

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH BangloLelaki_zps03975eb9

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH 2011-12-02122503_zps189fb035

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH DSC00723_zps849dd56f

Saya rasa setakat itu sahaja yang sempat saya fikir-fikirkan. Mungkin saudara-saudari dan ayah bonda ada cadangan yang lebih baik.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri, walaupun kedua-duanya itu datang dari izin Allah jua.

Wallahu'alam...


IbnuAbu
Usrah Members

Posts : 34
Reputation : 0
Join date : 2014-04-06

Back to top Go down

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH Empty Re: PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH

Post by Tomok Tue Apr 22, 2014 5:54 am

Assamualaikum...
SAya setuju dgn option no. 3. Lebih baik kita mulakan kampung sunnah sendiri drpd menunggu jerrr. Saya pun dlm proses pengumpulan ahli yg berminat. Di mana lokasi/negeri/daerah yg tuan ingin syorkan?

Tomok

Posts : 6
Reputation : 0
Join date : 2014-04-09

Back to top Go down

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH Empty kampung sunnah

Post by mydin Tue Apr 22, 2014 8:11 am

Cadangan dan syor yang cemerlang

mydin
Guest


Back to top Go down

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH Empty PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH

Post by vespaid Tue Apr 22, 2014 8:26 am

cadangan yg baik, mudah-mudahan dipermudah Allah utk segala urusan

vespaid
Guest


Back to top Go down

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH Empty Re: PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH

Post by IbnuAbu Tue Apr 22, 2014 10:40 am

Waalaikumsalam saudara-saudariku dan ayah bondaku sekalian.

Kami cadangkan lokasi KAMPUNG SUNNAH ialah kawasan yang boleh mencapai Institute of Islamic Escatology (Maahad Akhiruz Zaman) yang dikelolakan oleh guru kita, Maulana Sheikh Imran N. Hosein walaupun hanya dengan naik motosikal atau pun berjalan kaki.

InsyaAllah....

IbnuAbu
Usrah Members

Posts : 34
Reputation : 0
Join date : 2014-04-06

Back to top Go down

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH Empty Re: PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH

Post by Tomok Tue Apr 22, 2014 12:58 pm

Dah ada ke kampungnya? dah bole beli tanah & buat umah?

Tomok

Posts : 6
Reputation : 0
Join date : 2014-04-09

Back to top Go down

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH Empty Hijrah ke Kg Sunnah

Post by Syed Muhd Syed Abdullah Tue Apr 22, 2014 3:57 pm

Salam. Bgaimana seorg remaja yg bru lepasan spm nk pindah. Atau kena tunggu beberapa tahun lg , kena ada simpanan kewangan lah kan ? Nk kahwin mcm mana ? Ibu bapa lg satu hal Tp kg. ni kt mana ?bley tau lokasi, mgkin 10 thn lg , sya pindah, tp sya nk tgk contoh. adakah sudah siap ? Penghijrahan tu mcm mana ? How to survive ?


Syed Muhammad Bin Syed Abdullah Al-Aydrus Al-Hasani.

Syed Muhd Syed Abdullah
Guest


Back to top Go down

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH Empty Re: PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH

Post by Marisaffendy Tue Apr 22, 2014 4:40 pm

asklm....cadangan yg baik ,bila kita boleh buat perjumpaan utk membincangkan perkara nie?harap kita dapat setkan masa&tempat ......

Marisaffendy
Guest


Back to top Go down

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH Empty Re: PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH

Post by IbnuAbu Tue Apr 22, 2014 5:08 pm

Waalaikumsalam saudaraku Tomok dan Syed,

Jawapan pada soalan Tomok:
Cadangan kawasan dah ada. Cadangan tanah yang nak dibeli belum ada. Sebab ikut perancangan 1st kita kumpul ahli dulu, 2nd kumpul duit mengikut kemampuan ahli, 3rd baru cari tanah termurah mengikut jumlah duit yang kita kumpul, 4th masuk masuk bina KAMPUNG SUNNAH

Jawapan pada soalan Syed:
Tak perlu tunggu 10 tahun lagi. Dalam tempoh 10 tahun semakin lama semakin tipis iman kita bila terdedah dengan dunia luar yang semakin tidak bertuhan.

1st: Kewangan bergantung kepada kemampuan masing-masing. Kalau Syed tak mampu, Syed boleh usaha cari duit sekadar yang mampu. Kemudian share beli tanah sekangkang kera dengan ahli-ahli bujang yang lain. InsyaAllah kita akan beli tanah yang termurah. Gotong-royong je buat rumah kecik-kecik, janji dapat berteduh.

2nd: InsyaAllah ada jodoh yang tersedia di KAMPUNG SUNNAH.

3rd: Soal ibu bapa. Memang kebanyakan orang bujang mahupun orang yang sedia berkahwin menghadapi masalah ini. Tapi jika Syed benar-benar membaca dengan sebenar-benar bacaan, memahami dengan sebenar-benar pemahaman, dan mengkaji dengan sebenar-benar kajian tentang Surah Al-Kahf, InsyaAllah Syed akan nampak jalan keluar dan mendapat kekuatan untuk menangani bukan sahaja masalah halangan ibu bapa, malah segala masalah penghalang yang lain.

4th: Lakosinya kami hanya bagitau secara general sahaja. Hanya ahli yang benar-benar ingin hijrah sahaja yang dapat tahu secara spesifik. Buat masa ni kita dah ada 3 Muslim Village @ KAMPUNG SUNNAH yang dah beroperasi. 2 lagi masih dalam pengumpulan ahli. Semuanya bermula daripada zero. Kita kena back to basic semula.

5th: Bagaimana nak survive? Kita kena undur sedikit demi sedikit hidup kita ke belakang. Kita produce makanan sendiri. Kita bina ekonomi kita sendiri. Kita bina teknologi kita sendiri. dll. Yang penting setiap daripada diri kita perlu berusaha untuk menjadi unit yang benar-benar berfungsi.

Wallahu'alam

IbnuAbu
Usrah Members

Posts : 34
Reputation : 0
Join date : 2014-04-06

Back to top Go down

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH Empty Re: PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH

Post by Tomok Wed Apr 23, 2014 3:11 am

Terima Kasih atas jawapan dr Saudara Ibnu Abu. tentang bekalan electric x jadi masalah. kita x perlu bergantung pd TNB. saya benar2 serious ingin berhijrah. brp lama masa yg kita ada????

Tomok

Posts : 6
Reputation : 0
Join date : 2014-04-09

Back to top Go down

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH Empty Re: PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH

Post by IbnuAbu Wed Apr 23, 2014 3:47 am

Assalamaualikum saudaraku Tomok.

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Semangat inilah yang setiap daripada kita perlukan. Memang kita tak perlu dan tak boleh bergantung pada TNB. Sebab dalam hadith nabi, saya tak ingat hadith mana, yang lebih kurang begini bunyinya "manusia berkongsi padang, ragut dan sumber tenaga". Sumber tenaga itu termasuklah elektrik. Bermaksud tenaga elektrik tak boleh dijualbeli dan rakyat boleh dapat free je. Dan kalau bayar pun sekadar caj perkhidmatan. Tapi sebaliknya semua negara bangsa dalam dunia ni menjual tenaga elektrik kepada rakyatnya.

Mungkin buat permulaan, kita pakai je kayu api atau lilin. Atau boleh juga pakai lampu solar. Mungkin ada di antara ahli-ahli KAMPUNG SUNNAH yang mahir bidang elektrik, mungkin boleh generate sendiri elektrik guna tenaga solar atau tenaga hidro.

Saya dan beberapa orang yang sedang dalam USRAH KAMPUNG SUNNAH merancang paling awal kita hijrah masuk ke KAMPUNG SUNNAH ialah pada bulan Rabiul Awal 1436H. Kenapa kami pilih bulan ini; sebab sebenarnya persiapan kami dah pun bermula pada bulan Rabiul Awal tahun ini (1435H). Sekarang dah pun habis 4 bulan, tinggal baki lagi 8 bulan. Banyak persiapan lagi yang perlu dibuat.

Dan kenapa tempoh persiapan selama setahun dan kenapa bulan Rabiul Awal? Sebab SUNNAH NABI SAW, persiapan baginda dan para sahabat untuk hijrah dari Makkah ke Madinah juga selama setahun. Dan bulan baginda dan para sahabat hijrah ialah bulan Rabiul Awal.

Jadi setakat mana dah persiapan Tomok dengan saudara-sadara Tomok yang lain yang benar-benar ingin hijrah?

Wassalam...

IbnuAbu
Usrah Members

Posts : 34
Reputation : 0
Join date : 2014-04-06

Back to top Go down

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH Empty Re: PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH

Post by Tomok Wed Apr 23, 2014 4:41 am

Waalaikumsalam WBT. Terima kasih di atas reply saudara.

Tentang persiapan, buat masa ni saya mempersiapkan minda saya dulu iaitu belajar cukupkkan solat 5 waktu kerana saya tahu solat 5 waktu berjemaah di muslim village adalah wajib. Selain tu antara perisapan lain saya adalah tengah belajar utk hasilkan alternate current, AC. Direct Current(DC) dah ok.

Juga saya mempersiapkan diri dgn menanam pokok2 yg akan saya bawa bersama nanti. Berhijrah ke muslim village memang masih baru dikalangan saya & rakan yg lain. Saya pun sedang mengumpul ahli. Andainya tiada yg sudi kami nekad nak tubuhkan kampung sunnah sendiri.

Tomok

Posts : 6
Reputation : 0
Join date : 2014-04-09

Back to top Go down

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH Empty P'hijrahan cepat @ menuntut ilmu agama di luar

Post by Syed Muhd Syed Abdullah Wed Apr 23, 2014 7:32 am

Syukran Ibn Abu, klau ikutkan hati memang skrg saya sanggup b'pindah. Tp saya merancang utk menuntut ilmu agama di luar negara spt di Tarim, Hadramaut, Yaman utk belajar byk dari ikhwan2 saya para habaib / ulama' haq. Lpas tu, saya nk blajar muallim dgn ulama' hadith di Darul Uloom Zakariyya, Johannesburg ,South Afrika. Tujuannya supaya dptla nanti saya berbakti kpd ummah di kg sunnah, agar ilmu dpt b'kmbg mekar di kg sunnah. Supaya dpt melahirkan generasi yg meneruskan survive ilmu Islam terutama Hadith. Yg inil sjelah yg saya mampu. Utk buat home schooling. Supaya generasi seterusnya lebih kuat pegangan agama.

2) tentang kewangan, duit2 kertas kena tukarkan dgn dinar emas /dirham kelantan kgt ?

3) boleh tau negeri2 5 kg sunnah t'masuk dlm plananning. ? Lokasinya dlm hutan @ kg pedalaman@ kaki bukit ? Jarak ke pusat bandar/ pekan dkt x ?

4) makanan asasi kita nasi- jd tanh p'tanian -sawah padi ?

5) p'hijrahan buat sementara bley x , pegi balik, cth : saya tempah dulu / siapkan rumah tp saya masih menuntut ? @ yg 2 kena bcg utk new kg sunnah ?

6) adakah masjid yg pertama kali didirikan ? Masjid to be the centre ? P'gunaan elektrik x ade eh ? Saliran utk perpaipan air? Sungai dekat x ?

Syed Muhd Syed Abdullah
Guest


Back to top Go down

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH Empty Re: PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH

Post by IbnuAbu Wed Apr 23, 2014 9:12 am

Walaikumsalam saudariku Marissaffendy.

Berhubung dengan perkara yang diutarakan oleh saudari.

Marisaffendy wrote:asklm....cadangan yg baik ,bila kita boleh buat perjumpaan utk membincangkan perkara nie?harap kita dapat setkan masa&tempat ......

Buat masa ni, Admin baru sahaja memulakan proses mengumpulkan maklumat diri siapa-siapa yang benar-benar nak menyertai KAMPUNG SUNNAH. Hanya setelah itu baru kita buat perjumpaan. Dan dalam perjumpaan itu juga InsyaAllah kita akan sama-sama musyawarah untuk lantik Ameer.

P/S: Siapa-siapa yang benar-benar ingin menyertai KAMPUNG SUNNAH, bolehkan segera hantarkan maklumat diri masing-masing kepada email Admin.

Wassalam...

IbnuAbu
Usrah Members

Posts : 34
Reputation : 0
Join date : 2014-04-06

Back to top Go down

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH Empty Re: PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH

Post by aris affendy Thu Apr 24, 2014 6:06 pm

asklm saudaraku sy teringin sangat berhijrah,bagaimn dgn budak2,disana ade sekolah utk mereka,sbb sy nak bw keluarga sy kesana,sy xkisah sekolah tu mcmnpun,janji anak2 nie mendapat ilmu yg HAQ....

aris affendy
Members

Posts : 2
Reputation : 0
Join date : 2014-04-09

Back to top Go down

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH Empty Re: PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH

Post by IbnuAbu Thu Apr 24, 2014 6:25 pm

Waalaikumsalam saudaraku Aris.

Di KAMPUNG SUNNAH kita akan cuba amalkan sesempurna mungkin SUNNAH Nabi SAW. Dalam SUNNAH Nabi SAW, method pengajaran anak-anak kita ialah dengan cara 'home schooling'. Kita sendiri yang kena mendidik anak-anak kita. Jangan risau, kita mula bentuk diri kita dulu. InsyaAllah kemudian kita boleh bentuk anak-anak dan isteri kita pula.

Tambahan pula kita ada sokongan keluarga besar kita di KAMPUNG SUNNAH. Dan kita juga ada persekitaran yang positif untuk perkembangan anak-anak kita.

Secara basicnya anak-anak kita akan dibentuk melalui 3 peringkat:

1st: 0-7 tahun - belajar membaca dan hafal Al-Quran (sebab pada umur peringkat 0-7 tahun otak anak kita macam span, sangat mudah untuk menyerap)

2nd: 7-14 - belajar, fahami dan kaji Al-Quran Ayat-Ayat Makkiyah dan Hadith yang berkaitan merangkumi perkara Akidah, Ibadat dan Akhlak (sebab anak-anak kita pada peringkat umur ini sedang mempersiapkan diri untuk masuk ke era baligh)

3rd: 14-21 - belajar, fahami dan kaji Al-Quran Ayat-Ayat Maddaniyah dan Hadith yang berkaitan merangkumi perkara sistem, muamalat, sosial, teknologi dll (sebab anak-anak kita pada peringkat umur ini sedang mempersiapkan diri untuk menjadi satu 'unit berfungsi' kepada Allah dan RasulNya)

Wallahu'alam...

IbnuAbu
Usrah Members

Posts : 34
Reputation : 0
Join date : 2014-04-06

Back to top Go down

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH Empty Iklan Tanah Di Langkawi..

Post by R'Lee Wed Apr 30, 2014 11:55 am

Just nak share coz sedih tgk iklan tanah rizab melayu untuk dijual. harap yang membelinya pun melayu..

URGENT!!!
Harga DIKURANGKAN!!!
Owner desperate nak guna $$$
Harga asal RM2.50/skp (RM650k)
Hrg offer RM2/skp (Jimat RM130k)

Luas 2.42 hektar @ 5.98 ekar @ 260486 kp
Rezab Melayu/ Pertanian/ Hakmilik kekal
Geran tunggal
Tanah di atas bukit penuh dgn pohon2 getah tua yg sebahagiannya masih ditoreh.
Ada jalan masuk hingga ke atas tanah.

Harga terbaru: RM520k

Tel/sms/whatapps:
0125154575/0194499967

R'Lee
Guest


Back to top Go down

PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH Empty Re: PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum