Kampung Sunnah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

LALUAN 'MASA' DALAM KEHIDUPAN SEORANG WANITA KAMPUNG SUNNAH

Go down

LALUAN 'MASA' DALAM KEHIDUPAN SEORANG WANITA KAMPUNG SUNNAH Empty LALUAN 'MASA' DALAM KEHIDUPAN SEORANG WANITA KAMPUNG SUNNAH

Post by IbnuAbu Wed May 21, 2014 3:28 am

LALUAN 'MASA' DALAM KEHIDUPAN SEORANG WANITA KAMPUNG SUNNAH Muslimah_v02_by_yip87500pixel_zpsea8ddd3c

Tatkala lahirnya seorang bayi-perempuan seolah-olah sebuah bulan baru telah muncul di langit dan sebuah dunia baru telah wujud. Semua orang mengasihinya. Semua orang memeluknya dalam dakapan. Dia merangkak – dia berjalan – dia bermain – dia ketawa – dia menyanyi – dia menari. Dia betul-betul memerlukan penjagaan di dunia sepanjang keseronokannya bermain-main melalui musim bunga bagi zaman kanak-kanak dan remajanya. Dia adalah suatu keajaiban yang perlu dilihat.

Kemudian dia tersipu-sipu malu lantaran telah sampai kepada musim panasnya ketika dia sudah berbunga mekar dan berkembang menjadi seorang wanita yang lebih cantik berbanding rintik-rintik hujan pada pelangi yang jatuh dengan lemah gemalainya di atas kelopak mawar. Dunia menatap hairan pada kecantikannya dan dari bibir mereka terkeluarlah kata-kata: Subhan Allah! Para penyanyi menyanyikan lagu tentangnya, para penyair menciptakan bait-bait puisi tentangnya. Dan ini, juga, adalah suatu keajaiban yang perlu dilihat.

Dan kemudian musim luruh mula menyusulinya umpama daun-daun hijau kehidupannya mula bertukar menjadi perang. Kedutan-kedutan telah muncul di sekeliling matanya dan di sana sini bertaburan utas-utas rambutnya yang telah bertukar menjadi kelabu.

Akhir sekali musim sejuknya telah tiba tatkala bulan telah kembali seperti setandan pohon kurma yang kering dan layu (al-Qur’an, Yasin, 36:39) dan dia telah pun bersedia untuk dengan lemah gemalainya melipat khemahnya, untuk mengucapkan selamat tinggal, dan untuk mula hilang dalam kegelapan malam.

Namun dalam dirinya penuh dengan rasa syukur kepada Allah Yang Maha Tinggi sepanjang perjalanan hidupnya menerusi masa. Setelah dia sampai pada musim bunga dia bersyukur kepadaNya untuk itu, dan begitu juga musim panasnya dan seterusnya musim luruhnya dan akhir sekali musim sejuknya. Dia langsung tidak berasa dukacita dengan ketibaan musim luruh dan musim sejuknya. Dia bangga dengan rambut kelabunya tatkala ianya mula bercampur dengan rambutnya yang berwarna asli. Tiada apa-apa yang dunia boleh tawarkan yang boleh membuatkan dia ingin kembali kepada musim bunga atau musim panasnya kerana dia begitu mencintai musim luruh dan musim sejuknya. Dan demikian dia meniti usia dalam limpahan rahmat.

IbnuAbu
Usrah Members

Posts : 34
Reputation : 0
Join date : 2014-04-06

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum