PELUANG UNTUK MENGISI KEKOSONGAN DI KAMPUNG SUNNAH
Page 1 of 1
PELUANG UNTUK MENGISI KEKOSONGAN DI KAMPUNG SUNNAH
Assalamualaikum saudara-saudariku sekalian,
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang.
PELUANG INI HANYA TERBUKA KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG SUDAH MULA ATAU SUDAH BENAR-BENAR MENGENALI REALITI SEBENAR TENTANG DUNIA DAJJAL (IAITU DUNIA MODEN YANG TIDAK BERTUHAN INI)!!!
Alhamdulillah... syukur kepada Allah Yang Maha Berkuasa yang terus-menerus mengurniakan rahmat dan petunjuk Nya untuk kami terus menyambung tugas-tugas persediaan kami untuk Hijrah ke KAMPUNG SUNNAH. Dan sekarang ini, kami sedang menyiapkan persediaan fasa terakhir sebelum kami mula berhijrah masuk ke KAMPUNG SUNNAH tidak berapa lama sahaja lagi. InsyaAllah...
Sehubungan dengan itu, hasil daripada musyawarah, kami telah memutuskan untuk menjemput sesiapa sahaja yang sudah mula atau sudah benar-benar mengenali realiti sebenar dunia moden yang tidak bertuhan ini untuk turut sama menyertai kami. Namun, ada syarat-syaratnya. Antara syarat-syaratnya ialah seperti berikut:
1) Paling kurang, dia sudah lama mengamalkan pembacaan 110 Ayat Surah al-Kahf setiap Jumaat. Dan apabila dia terlepas atau benar-benar tidak sempat untuk membacanya, dia akan merasa menyesal yang amat sangat kerana tahu sepanjang minggu (dari Jumaat itu ke Jumaat akan datang), dia menjalani kehidupan tanpa Nur dari Allah SWT.
2) Lebih dari itu, dia sudah lama berada dalam usaha untuk memahami apa sebenarnya mesej-mesej dan prinsip-prinsip teras yang Allah SWT ingin sampaikan menerusi Surah Al-Kahf. Dia bukan sahaja mengaji menggunakan bahasa Arab, lebih dari itu dia juga membaca terjemahannya, dan cuba tadabbur dengan maknanya. Semua ini dilakukan dalam kapasiti keupayaan sendiri.
3)Lebih dari itu, dia sudah lama berada dalam usaha pengkajian untuk memahami takwilan-takwilan yang terkandung dalam Surah al-Kahf. Dia bukan sahaja mengaji dalam bahasa Arab, dia bukan sahaja membaca terjemahan, malah lebih dari itu dia cuba membaca tafsiran dan takwilan ulamak-ulamak, dan lebih hebat dari itu dia sudah mampu membuat takwilan sendiri hasil gabungan secara harmoni tafsiran dan takwilan para ulamak. Semua ini juga dilakukan dalam kapasiti keupayaan sendiri.
4) Lebih dari itu, dia sudah lama berada dalam tempoh persediaan yang panjang (mungkin memakan masa bertahun-tahun atau berbelas-belas tahun) dalam kapasiti keupayaan sendiri untuk hijrah keluar dari dunia moden yang tidak bertuhan ini. Persediaan yang panjang ini adalah umpama perjalanan yang panjang Nabi Musa menuju kepada Nabi Khidir dalam usaha untuk mempelajari ilmu-ilmu takwilan daripada Nabi Khidir.
Sepertimana yang telah diberitahu dalam Surah al-Kahf, bahawa akan wujud 2 kelompok Ashabul Kahf. Allah memakai perkataan 'Hizbaini' untuk mengambarkan wujudnya dua puak atau 2 kelompok ini. Persoalannnya kenapa boleh wujud 2 kelompok Ashabul Kahf? Jawapannnya terletak kepada 2 sudut pandang yang ada pada kedua-dua 2 kelompok ini. 2 sudut pandang ini saling bertentangan dan bercanggah antara satu sama lain. Selamanya tidak akan dapat disatukan atau diserasikan. Atas sebab itulah, kami telah menetapkan syarat-syarat ini.Tujuannya ialah untuk memastikan hanya bakal Muhajirin atau Ashabul Kahf yang mempunyai sudut pandang yang sama dengan kami sahaja yang akan dipilih dan dijemput untuk bersama-sama dengan kami.
"Roh-roh itu merupakan kelompok-kelompok yang berbeza-beza baik jenis dan macamnya. Maka (roh-roh) yang mirip dalam sifat dan akhlaknya, mereka langsung akan bergabung (kerana merasa serasi). Sementara yang tidak sama tabiat dan sifatnya, maka secara automatik akan tercerai-berai." (Shahih Bukhari no.3336)
PERBEZAAN ROH!!! Itulah dia faktor sebenar kenapa boleh wujudnya Hizbaini (2 kelompok) Ashabul Kahf. Untuk menyatukan ROH tidak boleh tidak setiap bakal Ashabul Kahf perlu melalui 3 proses iaitu:
1) Membaca dengan sebenar-benar bacaan Surah Al-Kahf (dalam kapasiti keupayaan sendiri)
2) Memahami dengan sebenar-benar pemahaman tentang Surah Al-Kahf (dalam kapasiti keupayaan sendiri)
3) Mengkaji dengan sebenar-benar pengkajian tentang Surah Al-Kahf (dalam kapasiti keupayaan sendiri)
Itulah sebabnya kenapa dalam hadith yang panjang yang menceritakan tentang asbabun nuzul surah al-kahf, adanya 3 soalan yang ditanyakan secara berturut-turut oleh wakil Quraisy kepada Nabi SAW, iaitu 1) Kisah Ashabul Kahf, 2) Kisah Dzulqarnain dan 3) Roh.
Ia adalah suatu kronologi sebenarnya. InsyaAllah hanya setelah setiap individu itu melakukan ketiga-tiga proses ini pada keseluruhan 110 Ayat Surah Al-Kahf, dia akan mula melihat dengan 2 mata (mata luaran dan mata dalaman), seterusnya mula mengenali dan tahu modus operandi dan current status Dajjal dan Yakjuj Makjuj dalam usaha mencampakkan umat manusia dan jin ke dalam api neraka, seterusnya dirombak rohnya yang tidak tepat menjadi roh yang tepat. InsyaAllah, roh-roh yang tepat inilah yang akan melahirkan individu yang tepat, seterusnya bergabung dalam jemaah yang tepat, seterusnya melakukan usaha dan langkah yang tepat dalam usaha mengundurkan diri dari dunia moden yang tidak bertuhan ini. InsyaAllah...
Justeru, bagi sesiapa yang terasa terpanggil untuk menyertai kami, bolehlah hubungi kami menerusi email ahmadabu234@yahoo.com atau ibnuahmad567@gmail.com . InsyaAllah kami akan memberitahu lebih lanjut bagaimana prosedur selanjutnya setelah menerima email daripada kalian.
Segala yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari diri saya, walaupun kedua-duanya itu datang dari Allah jua. Wallahu'alam...
Wassalam...
IbnuAbu- Usrah Members
- Posts : 34
Reputation : 0
Join date : 2014-04-06
Similar topics
» PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH
» HOME SCHOOLING' DI KAMPUNG SUNNAH
» 'PASAR' DI KAMPUNG SUNNAH
» 'FROM INSIDE TO OUTSIDE' DI KAMPUNG SUNNAH
» 'UNIT YANG BEFUNGSI' DALAM KAMPUNG SUNNAH
» HOME SCHOOLING' DI KAMPUNG SUNNAH
» 'PASAR' DI KAMPUNG SUNNAH
» 'FROM INSIDE TO OUTSIDE' DI KAMPUNG SUNNAH
» 'UNIT YANG BEFUNGSI' DALAM KAMPUNG SUNNAH
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum