'UNIT YANG BEFUNGSI' DALAM KAMPUNG SUNNAH
Page 1 of 1
'UNIT YANG BEFUNGSI' DALAM KAMPUNG SUNNAH
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Dan telah berkata (Yaakub), "Wahai anak-anakku, janganlah kalian masuk dari satu pintu, dan kalian masuklah dari pintu-pintu yang berbeza-beza. Dan tidaklah (nasihat)ku bermanfaat terhadap kalian daripada (takdir) Allah sedikitpun. Tidak lain keputusan itu hanya milik Allah. Kepada-Nya aku bertawakkal dan kepada-Nya orang-orang yang bertawakkal bertawakkal."
Dan tatkala mereka masuk dari arah sebagaimana ayah mereka perintahkan, tidaklah (nasihat itu) bermanfaat terhadap mereka dari (takdir) Allah sedikitpun, (tetapi itu) hanyalah hajat dalam diri Yaakub yang telah ditetapkannya. Dan sesungguhnya dia mempunyai ilmu, kerana Kami telah mengajarkan kepadanya. Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(Surah Yusuf, 12: 67 & 68)
AYAT INI MENGAJAR KITA UNTUK MENJADI SATU 'UNIT YANG BERFUNGSI' DALAM KAMPUNG SUNNAH. SESEORANG 'UNIT YANG BERFUNGSI' ITU AKAN MEMPUNYAI 1001 ALTERNATIF DALAM USAHA MENJAYAKAN SESUATU PERANCANGAN. LEBIH-LEBIH LAGI DALAM PERANCANGAN BESAR UNTUK MEWUJUDKAN KAMPUNG SUNNAH INI. KERANA KAMPUNG SUNNAH IALAH SATU BENTUK MENGEKSPRESIKAN KEIMANAN KITA. YANG MANA KITA SEMUA TAHU DAN RASA BAHAWA DI AKHIR ZAMAN YANG PENUH DENGAN FITNAH INI, ADALAH SANGAT-SANGAT-SANGAT SUKAR UNTUK KITA MENGEKSPRESIKAN KEIMANAN KITA UMPAMA MEMEGANG BARA API.
AYUH!!! PEMUDA-PEMUDI YANG BENAR-BENAR MEMPUNYAI KEIMANAN DAN BERJIWA TEGAR!!! BERUSAHALAH UNTUK MENJADI SEORANG 'UNIT YANG BERFUNGSI' DALAM KAMPUNG SUNNAH, BUKAN HANYA SEKADAR MENJADI 'PAK TURUT'. KERANA SESUNGGUHNYA 'PAK TURUT' ITU TIDAK MAMPU MENDATANGKAN MANFAAT KEPADA DIRI SENDIRI APATAH LAGI ORANG LAIN.
MANFAATKANLAH SEGALA BAKAT DAN KELEBIHAN DIRI YANG SEDIA ALLAH SWT PINJAMKAN PADA KITA. TEMPATKANLAH BAKAT DAN KELEBIHAN DIRI KITA ITU DI TEMPAT YANG TEPAT IAITU DI KAMPUNG SUNNAH.
INSYAALLAH...
P/S: Sesiapa yang benar-benar nak sertai KAMPUNG SUNNAH hantarkan maklumat diri kepada Admin.
IbnuAbu- Usrah Members
- Posts : 34
Reputation : 0
Join date : 2014-04-06
Similar topics
» TIADA 'MR. B' DALAM MAKANAN DI KAMPUNG SUNNAH
» LALUAN 'MASA' DALAM KEHIDUPAN SEORANG WANITA KAMPUNG SUNNAH
» SUNNAH NABI SAW DALAM BERHIJRAH
» HOME SCHOOLING' DI KAMPUNG SUNNAH
» PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH
» LALUAN 'MASA' DALAM KEHIDUPAN SEORANG WANITA KAMPUNG SUNNAH
» SUNNAH NABI SAW DALAM BERHIJRAH
» HOME SCHOOLING' DI KAMPUNG SUNNAH
» PENGUMPULAN AHLI KAMPUNG SUNNAH
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum