Kampung Sunnah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SUNNAH NABI SAW DALAM BERHIJRAH

Go down

SUNNAH NABI SAW DALAM BERHIJRAH Empty SUNNAH NABI SAW DALAM BERHIJRAH

Post by IbnuAbu Fri Apr 11, 2014 5:06 am

Assalamualaikum saudara-saudariku sekalian,

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

TEMPOH PERSEDIAAN UNTUK HIJRAH YANG MENEPATI SUNNAH

Kita semua tahu Surah Al-Kahf ini diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi SAW 1 TAHUN sebelum Baginda dan para Sahabat HIJRAH. Dan kalau kita benar-benar 'membaca, memahami dan mengkaji' Surah Al-Kahf itu, InsyaAllah kita akan faham bahawa Surah Al-Kahf ini adalah merupakan 'MOCK-UP OPERATION' atau 'MODUS OPERANDI' bagaimana cara/kaedah/method HIJRAH itu sepatutnya dilaksanakan meliputi 'semua subjek' yang diperlukan di tempat baru nanti.

Dan jika kita benar-benar 'membaca, memahami dan mengkaji' Ayat 16 Rangkap 3, yanshurlakum rabbukum min rahmatihii wa yuhayyaiklakum min amrikum mirfaqaa (Rab kalian tebarkan bagi kalian dari rahmatNya dan Dia sediakan bagi kalian dari urusan kalian siku). InsyaAllah kita akan nampak bahawa PERSEDIAAN yang perlu dilakukan SEBELUM HIJRAH MELIPUTI 2 FASA (FASA 1st – BERSIFAT ROHANI / DALAMAN / FARDHU AIN / UKHRAWI / AKAR, dan FASA 2nd – BERSIFAT JASMANI / LUARAN / FARDHU KIFAYAH / DUNIAWI / RANTING).

Tidak boleh hanya SALAH SATU FASA sahaja. Sebaliknya perlu KEDUA-DUA FASA  (barulah selari dengan PRINSIP Surah Al-Kahf yang MELIHAT DENGAN 2 MATA). Dan tidak boleh juga FASA 2nd didahulukan, kemudian baru FASA 1st. Ianya perlu mengikut turutan. FASA 1st kemudian barulah FASA 2nd. Kerana FASA 1st umpama membina ‘tapak, dasar, tiang dan rangka’ sebuah rumah. Manakala FASA 2nd umpama menyempurnakan sebuah rumah dengan ‘pintu, tingkap, tangga dll’. Kita tidak boleh membina ‘pintu, tingkap, tangga dll’ dahulu kemudian baru membina ‘tapak,dasar, tiang dan rangka rumah’. Sebaliknya ‘tapak, dasar, tiang dan rangka’ lah yang perlu dibina dahulu, kemudian barulah ‘pintu, tingkap, tangga dll’. Barulah rumah yang kita bina itu rumah yang sempurna dan utuh.

Hanya setelah sempurnanya KEDUA-DUA FASA (FASA 1st – BERSIFAT ROHANI / DALAMAN / FARDHU AIN / UKHRAWI / AKAR kemudian FASA 2nd – BERSIFAT JASMANI / LUARAN / FARDHU KIFAYAH / DUNIAWI / RANTING) sahaja barulah Allah SWT memberikan JAMINAN  AKAN MENDAPAT RAHMAT DAN SIKU(TONGKAT) HIDUP daripadaNya.

Justeru kita boleh simpulkan bahawa:
1) MEMPERSIAPKAN DIRI DENGAN 2 FASA ITU ADALAH SUNNAH
2) TEMPOH PERSEDIAAN DIRI SELAMA 1 TAHUN MELIPUTI 2 FASA ITU JUGA ADALAH SUNNAH


Kalau kita ambil kira 'tempoh persediaan' kita bermula dari bulan Rabiul Awal 1435H sehingga Rabiul Awal 1436H, kita sekarang sudah pun hampir menamatkan bulan ke-4, tinggal hanya lagi ada 8 bulan lebih sahaja masa berbaki. Terlalu banyak lagi PERSEDIAAN-PERSEDIAAN YANG PERLU DIBUAT MELIPUTI KEDUA-DUA FASA.
*Kenapa bulan Rabiul Awal? - Sebab Nabi SAW dan para sahabat HIJRAH pada bulan Rabiul Awal.

FASA 1st - BERSIFAT ROHANI / DALAMAN / FARDHU AIN / UKHRAWI / AKAR
Inilah apa yang sedang kami persiapkan melalui USRAH KAMPUNG SUNNAH.

FASA 2nd – BERSIFAT JASMANI / LUARAN / FARDHU KIFAYAH / DUNIAWI / RANTING)
InsyaAllah 2 bulan lagi kami akan mulakan pula persediaan dalam Fasa 2nd ini yang meliputi aspek-aspek berikut:
1) Arcitecture dari sumber alam (buluh, tanah liat, garam bukit, kapur bukit dll)
2) Galian dan sumber asli (emas, perak, tembaga, besi, timah dll)
3) Pendidikan (0-7 thn Belajar Baca & Hafaz Al-Quran, 7-14 thn Belajar Baca, Faham, Kaji Al-Quran & Hadith bab Fardhu Ain, 14-21 Belajar Baca, Faham, Kaji Al-Quran & Hadith bab Fardhu Kifayah) - SUNNAH NABI SAW ialah home schooling
4) Tenunan daripada kapas dan sutera
5) Jahitan pakaian
6) Pertanian & Komoditi (perlu dikategorikan semula mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah)
7) Kerja-kerja besi (Untuk keperluan rumah, pertahanan dll)
8.  Pertahanan
9) Pengairan dan Saliran (bukan sistem Dajjal yang membazirkan penggunaan air)
10) Penternakan (perlu dikategorikan semula mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah)
11) Ilmu Falaq (perlu merombak sistem MASA Dajjal, dan membina sistem MASA ISLAM sendiri --> sila baca buku SIH Al-Kahf & The Modern Age untuk memahami soal Fasad dalam Jam, Hari, Minggu, Bulan & Tahun)
12) Perubatan (bukan semua bidang perubatan, hanya Tib Nabawi --> InsyaAllah selepas kita 'restucture' semula gaya pemakanan kita mengikut SUNNAH kita akan bebas daripada sakit yang pelik-pelik, kerana itu pun sebenarnya satu proses rawatan dalam peringkat mikro)
13) Keperluan isi rumah (sugi, detergen dll)
14) Solar Energy (jika perlu dan 100% bina sendiri, bukan bergantung kepada teknologi luar)
15) Penulisan & Pengrekodan (bahan-bahan untuk menulis)
* InsyaAllah aspek-aspek lain kita sama-sama dapat tambah dari masa ke semasa.

HIJRAH DAHULU BARU 'PERLAKSANAAN' JUGA ADALAH SUNNAH

Kita perlu tahu untuk membezakan antara 'PERSEDIAAN' dengan 'PERLAKSANAAN'. 'PERSEDIAAN' dan 'PERLAKSANAAN' tak sama. 'PERSEDIAAN' bersifat TEORI. 'PERLAKSANAAN' bersifat AMALI..

Justeru kita boleh menyimpulkan bahawa HIJRAH meliputi 2 Fasa seperti berikut:
1. FASA 1 - FASA PERSEDIAAN
   a. FASA 1A - PERSEDIAAN BERSIFAT ROHANI / DALAMAN / FARDHU AIN / UKHRAWI / AKAR
   b. FASA 1B - PERSEDIAAN BERSIFAT JASMANI / LUARAN / FARDHU KIFAYAH / DUNIAWI / RANTING)
2. FASA 2 - FASA PERLAKSANAAN


Dan kalau kita telusuri semula Sirah HIJRAH Nabi SAW dan para sahabat. Maka kita akan faham bahawa Nabi SAW dan para Sahabat telah membuat 'PERSEDIAAN' yang bersifat 'TEORI' selama 1 Tahun sebelum HIJRAH. Dan pada saki-baki masa 1 tahun itu mereka hanya menunggu 'greenlight' daripada Allah SWT untuk memulakan 'langkah pertama' untuk memulakan proses 'PERLAKSANAAN' yang bersifat 'AMALI' di Yathrib (satu kawasan padang jarak padang terkukur sebelum HIJRAH). Buktinya, Nabi SAW dan Abu Bakar RA adalah antara orang yang terakhir melakukan HIJRAH. Sahabat-sahabat lain dah HIJRAH lebih awal daripada Nabi SAW dan Abu Bakar RA. Mereka dah siap-siap berkumpul di Yathrib menunggu ketibaan 'Ameer' mereka (Nabi SAW) untuk memulakan proses 'PERLAKSANAAN'. Dan 'PERLAKSANAAN' yang pertama sekali yang telah dilakukan ialah membina MASJID.

Kesimpulannya, 'PERSEDIAAN' yang perlu kita buat dalam tempoh 1 Tahun ini bukanlah perlu benar-benar sempurna. Sebaliknya cukup bagi kita untuk hanya SENTIASA BERSEDIA. Dan apabila berlakunya keadaan/situasi tertentu yang menjadi ASBAB yang memaksa kita untuk HIJRAH (seperti mana ASBAB Kafir Quraisy hendak membunuh Nabi SAW yang memaksa Nabi SAW HIJRAH), InsyaAllah kita akan dengan mudahnya packing-packing barang dan berangkat. Tanpa perlu gusar-gusar lagi kerana kita SUDAH BERSEDIA SEMAMPU YANG BOLEH DAN MENGJANGKAKAN keadaan/situasi yang memaksa ini akan berlaku bila-bila masa sahaja pada penghujung tempoh 1 Tahun.  

Justeru, AYUH SAUDARA-SAUDARIKU SEKALIAN, BULATKAN TEKAD, TINGKATKAN USAHA, PADUKAN LANGKAH, AKRABKAN DIRI DENGAN ALLAH, TAWAKKAL PADA ALLAH. KITA DAH TAK BANYAK MASA LAGI DAH. SETIAP SAAT DALAM MASA YANG BERBAKI INI SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT BERHARGA. KITA PASTI TAK DAPAT TIDUR LENA!!!

Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya, walaupun hakikat kedua-duanya itu datangnya dari izinNya jua.

Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.
Wassalam...

IbnuAbu
Usrah Members

Posts : 34
Reputation : 0
Join date : 2014-04-06

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum